Monday, April 10, 2017

Aktiviti Petang Anda di S2 City Park


 Assalamualaikum dan Selamat Petang,



Aktiviti Petang di S2 City Park 

City Park Seremban 2 sememangnya menjadi tumpuan warga Seremban yang ingin beriadah tidak kiralah sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Pengunjung yang hadir terdiri dari pelbagai golongan umur juga kaum.

City Park : Tempat Riadah Untuk Semua

Bagi yang bosan petang-petang tu boleh lah datang ke S2 City Park ni.. 
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan bukan berjogging sahaja, ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan. Antaranya: 

Aktiviti Senamrobik Setiap Petang

Setiap petang akan ada aktiviti senamrobik di City Park ini. 
Ianya terbuka dan semua orang boleh turut serta tidak kira umur dan jantina. Kadang2 meriah sangat apabila dimainkan rentak lagu dangdut, hindustan, dan macam-macam lagi.. Jadi jom ramai-ramai kita meriahkan lagi suasana di sini.

Berpeluang Melihat Kura-Kura Secara Dekat
Selain daripada itu, jika anda pergi ke tepi tasik, anda berpeluang untuk melihat banyaakkk kura-kura terdiri daripada pelbagai saiz. Jika anda bawa roti, carikkan kecil2 dan berilah pada kura-kura ini. Mereka pastinya akan berebut. Comel kan? :)

Memberi Makanan Kepada Ikan

Yang Paling Mengagumkan.... Ikan keli. Ikan keli di sini bersaiz besar. Sangat Besar tau. Tapi bukan untuk dimakan. Sama juga, jika anda bawa roti, carikkan lah ia kecil2 dan campakkan ke dalam tasik dan anda akan dapat lihat pemandangan seperti di dalam gambar di atas di mana ikan-ikan ini akan berebut untuk mendapatkan makanan yang pengunjung beri. 


Lokasi City Park  Seremban 2 > https://goo.gl/maps/58BgS3iYJSN2
Lokasi Klezcar Seremban 2     > https://goo.gl/maps/Rv1869L9kSD2


Kereta Sewa Seremban 2

019 348 4000

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)


Wednesday, April 5, 2017

Pemasangan Sepanduk Kereta Sewa Klezcar

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Seremban ,


Sepanduk kami dah naik tu.. Siapa ada nampak? 
Penat tau brader ni ke hulu ke hilir pasang sepanduk kalau takde siapa-siapa nampak...



Siapa yang tengah jalan-jalan lepastu ternampak banner kami lepas ni, 
jangan lupa snap gambar macam bawah ni tau..hehe..dari dalam kereta je pun boleh.. 
Tapi pastikan bukan tengah memandu yer. 


Dah snap tu, nak share dengan kami pun boleh, kami sukee :) 
Nak simpan? boleh juga.. mana lah tahu nanti bila-bila nak sewa kereta, dah senang dah. 
Nombor telefon ada kat situ, call jer. 

Nak share dengan kawan yang tengah cari kereta sewa? lagi terbaik ! Hihihi.. 

Kawan-kawan luar Seremban pon boleh sewa dengan Klezcar. 
Dail nombor yang bawah sekali tu, 1300-88-4040 sebab Klezcar ni luas. 

....Ada di mana-mana menghantui anda....

Hehe, taklah, bukan menghantui, 
tapi kami membantu anda tak kira di mana pun di dalam Malaysia. 

Sebab itu lah slogan kami bebunyi Cars For Everyone, Anytime & Anywhere. :D



Kereta Sewa Seremban 2-Klezcar

Whatsapp   | 019-348 4000
Tempahan  | www.klezcar.com
Pertanyaan | 1300-88-4040 (24 jam)